'Walaupun muka lama tapi keputusan ini tepat'
Bekas Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Kamarul Ariffin, menongkah arus berbeza apabila menyifatkan pelantikan Datuk Wira Yusoff Mahadi sebagai pemangku presiden adalah keputusan wajar.
Tegas Kamarul, posisi di jawatan tertinggi itu tiada jaminan kekal, dan keputusan bekas presiden, Datuk Joehari Ayub, untuk meletakkan jawatan perlu dihormati.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, namun sebagai individu yang pernah bekerjasama dengan Yusoff, pilihan terkini ahli gabungan berlandaskan karisma yang ada pada dirinya.
"Pemimpin datang dan pergi dalam sesebuah organisasi.
"Pemergian Datuk Joehari meninggalkan kerusi panas FAM harus kita hormati untuk melihat sudut yang lebih jauh.
"FAM perlu berada di landasan terbaik pada masa hadapan.
"Saya beranggapan keputusan mesyuarat sangat-sangat tepat buat masa ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Faktor pengalaman dan hubungan baik Yusoff dengan ahli gabungan telah memupuk suasana harmoni sejak sekian lama, namun berbeza sejak berlaku perubahan di tampuk kepimpinan badan induk itu enam bulan lalu.
Sekiranya Yusoff terus diberikan peluang, keharmonian badan induk kembali terpelihara.
"Saya tidak mahu mengambil peduli komen negatif yang dilemparkan kepada Datuk Wira Yusoff Mahadi.
"Selama saya bekerja bersamanya dalam skuad kebangsaan, dia adalah individu yang mempunyai sifat yang baik, berintegriti dan sangat mesra untuk memimpin FAM yang ketika ini tidak berada dalam situasi yang baik," tambahnya.
Kedudukan Yusoff sebagai Pemangku Presiden FAM kekal sehingga kongres sebelum 15 Februari 2026.
Beli Sekarang

Bersedia Untuk Setiap Perlawanan
Sama ada di padang rumput atau turf, kasut bola berkualiti bantu anda lebih yakin.
Beli Sekarang