Nikola Kalinic menjangkakan pengurus AC Milan, Gennaro Gattuso, akan membawa pasukan untuk menjulang gelaran.
Kalinic berkhidmat di San Siro musim lalu. Walaupun gagal menampilkan persembahan terbaik, penyerang Atletico itu memuji pendekatan yang diterapkan Gattuso.
Milan tidak memenangi gelaran Serie A sejak musim 2010-11 dan mereka ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Juventus, musim ini.
Tetapi Kalinic optimis kelab itu akan mengalami perubahan yang jelas di bawah pimpinan Gattuso.
"Beliau seorang yang menakjubkan. Dalam sesi latihan, Gattuso memberikan segalanya dan mahukan yang terbaik," kata Kalinic.
"Gattuso mahu kami menampilkan yang terbaik dan ia adalah sesuatu yang positif untuk pasukan.
"Saya bersakan Milan mampu pergi jauh."
Kalinic menjaringkan enam kali dalam 31 perlawanan untuk Milan sehingga masalah kecederaan menghimpit pemain berusia 30 tahun itu.
"Saya mengharungi saat sukar bersama Milan, saya tidak dapat menyertai persiapan pra-musim kerana kecederaan.
"Saya berlatih sendiri dan sukar untuk mendapatkan keserasian bersama rakan sepasukan kerana kerap direhatkan.
"Milan adalah antara kelab terbaik Eropah. Sebelum ini, mereka merupakan antara yang mendominasi Itali dan Eropah."
"Saya berharap Milan akan kembali berada pada tahap terbaik."
Skuad kendalian Gattuso itu memenangi tiga aksi terakhir dalam semua kejohanan dan bakal berdepan Inter, minggu depan.