Penyokong tegar Kedah Darul Aman, 'Puaka Jerai', merupakan seorang peminat bola sepak tempatan yang cukup sinonim dalam Liga Super Malaysia khususnya di utara Tanah Air.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah kelibat Puaka Jerai yang menyeri suasana buat penyokong yang bertandang ke stiap venue perlawanan demi memberikan sorakan kepada pasukan kesayangannya itu.

Puaka Jerai merupakan penyokong sejati yang sentiasa hadir ke perlawanan KDA memakai baju bunga matahari cukup dikenali dalam kalangan penyokong Sang Kenari kerana hadir hampir setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Kedah.



"Saya tidak pernah terlepas daripada keritikan, kejian dan cacian namun, semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus menyokong bola sepak," katanya.