Skip to main content

Bola Sepak

Kalau kalah, ramai akan hentam saya dan TMJ -- Jurulatih Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peter.jpg
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, memberikan kredit sepenuhnya kepada pemainnya yang memberikan sepenuh komitmen ketika berada di atas padang selepas menewaskan Vietnam 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Jurulatih berusia 42 tahun itu turut berkongsikan masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan tanpa sokongan daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, maka kejayaan itu dilihat sukar untuk dilakukan.

"Saya bangga melihat prestasi pemain yang memberikan komitmen penuh kepada pasukan, saya bangga dengan mereka. Terima kasih juga kepada TMJ.





"Masih banyak kerja yang perlu dilakukan tetapi tanpa sokongan baginda kami tidak akan ada di sini bersama mentaliti yang dia terapkan.

Begitupun, Peter turut dia menafikan perkara sebaliknya mungkin terjadi sekiranya melakar keputusan berbeza malam tadi.


 


"Kalau kita kalah dengan Vietnam malam ini, ramai yang akan hentam saya dan TMJ. Tetapi apabila menang semua akan jadi kawan baik." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video