Namun, situasi tersebut mampu diubah atas dasar kemahuan pemain tempatan itu sendiri yang mahu mempertahankan tempat mereka seperti contoh yang telah dibuktikan pemain sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman.
"Dia (Arif Aiman) dah tunjukkan yang dia sudah menjadi taraf pemain luar negara.
Siaran Media: Senarai 20 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Futsal Kebangsaan Menjelang Kejuaraan Futsal Asean 2024 Di Thailand
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 3, 2024
Baca penuh di https://t.co/zgo61fhnzo#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/ivCNiJTpHu
"Kalau ada 11 Arif Aiman sudah tentu skuad negara tidak perlukan pemain asing contohnya.
"Namun, untuk sampai ke tahap tersebut, setiap pasukan haruslah menunjukkan yang mereka mampu bersaing," katanya.
Selagi tiada tindakan proaktif dari pemain tempatan, FAM dan seluruh peminat sukan Tanah Air perlu mengakui betapa perlunya kelibat pemain berdarah campuran dalam memenuhi hasrat besar badan induk itu.
"Beberapa tahun lalu, pemain yang mahu mewakili negara sangat sukar kerana kerap mengalami kekalahan.
"Tetapi akhir-akhir ini, ramai pemain menunjukkan minat untuk bermain demi negara kerana Malaysia sudah berada di tahap terbaik," tambahnya.