BAYERN 4 STUTTGART 0
Kad merah terhadap Alphonso Davies pada awal permainan mengejutkan Bayern Munich daripada lamunan untuk meraih kemenangan 4-0 ke atas Stuttgart sekalipun berdepan kepincangan, menurut Robert Lewandowski.
Juara bertahan Bundesliga itu dikejutkan kehilangan pertahanan kiri tersebut pada minit ke-12 berikutan terjahan kerasnya ke atas Wataru Endo.
Tetapi mereka membalasnya dengan cemerlang apabila dipimpin menerusi wira hatrik, Lewandowski, sementara Serge Gnabry melengkapkan pesta gol mereka dalam separuh masa pertama.
Bercakap selepas perlawanan, bintang Poland berkenaan berkongsi kepercayaannya bahawa keperitan awal itu menjadi titik tolak kepada mereka untuk menghidupkan permainan.
Dia berkata: "Kami beraksi dengan sangat baik selepas mengutip kad merah. Ia membangkitkan kami. Sebelum itu, kami tidak bermain dengan sempurna.
"Setelah itu, ia menjadi satu cabaran buat kami untuk menciptakan peluang dan menjaringkan gol. Kami ingin terus mengasak selepas gol pertama sambil terus berusaha memburu jaringan."
Pengurus Bayern, Hansi Flick, turut memuji anak buahnya yang bertindak balas terhadap kesulitan yang dihadapi.
Pengurus berbangsa Jerman itu juga enggan merapati keputusan Davies diarah meninggalkan padang.
"Saya harus memberikan pujian tinggi kepada pasukan saya," katanya.
"Selepas insiden kad merah itu, ia memang layak, barisan pemain mula berusaha mengukuhkan bahagian pertahanan, tidak memberi banyak ruang sebagai sebuah pasukan dan mengawal bola dengan baik terutama dalam babak pertama.
"Cara kami mencipta peluang sangat luar biasa. Kami harus merombak pertahanan dan menjadi sangat kompak pada hari ini.
"Kami tidak bolos dan memperoleh tiga mata -- itulah matlamat kami dan dengan itu, ini merupakan hari yang berjaya buat kami."
Bagi pengurus Stuttgart, Pellegrino Matarazzo, dia berasakan kelebihan yang ada telah meragut momentum awal pelawat.
Dia berkata: "Kami bermula dengan baik, bahkan boleh dikatakan kami yang mendominasi.
"Kami beraksi dengan baik dan seharusnya mendahului permainan tidak lama selepas kad merah itu. Kemudian sesuatu berlaku terhadap mental kami: sama ada kami tertekan untuk menang atau kami fikir tekanan kami semakin berkurangan.
"Kami terpaksa membayar aksi separuh masa pertama dengan harga mahal dan saya harap kami dapat melakukannya dengan lebih baik lain kali."

35 - @lewy_official (@FCBayernEN) has scored 35 goals in this #Bundesliga season – only Gerd Müller has scored more in a single campaign (40 – 1971-72, 38 – 1969-70, 36 – 1972-73). Milestone. #FCBVFB pic.twitter.com/ZzxF8qjQoE
— OptaFranz (@OptaFranz) March 20, 2021