Skip to main content

Bola Sepak

Juventus sambar bintang muda Boca Juniors

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bentancur-220417.jpg
Rodrigo Bentancur bakal memperkuatkan Juventus pada musim hadapan selepas dia memeterai perjanjian bernilai EUR9.5 juta bersama juara bertahan Serie A itu dari Boca Juniors.

Perancang berusia 19 tahun itu secara rasminya akan bergelar pemain kelab yang berpangkalan di Turin itu setelah menandatangani perjanjian selama lima tahun, susulan aksi memberangsangkan bersama kelab Argentina itu selama dua musim.

Bentancur merupakan produk akademi Boca dan mereka akan mengaut keuntungan sebanyak 50 peratus ke atas perjanjian melibatkan pemain muda Uruguay itu. 

Yuran perpindahan itu boleh meningkat, bergantung kepada jumlah penampilan rasmi pemain itu, demikian pengesahan yang diberikan Juve. 
 
Dikenali dengan nama jolokan 'Lolo', Bentancur menyertai Boca pada usia 14 tahun dan membuat kemunculan sulung dalam skuad senior, tiga tahun kemudian, iaitu ketika berumur 17 tahun. 

Pemain remaja serba boleh itu telah membuat 17 penampilan dalam kancah Divisyen Perdana Argentina musim ini selain menjadi tonggak kepada skuad bawah 20 tahun Uruguay sebanyak lapan kali dengan mencetak satu gol. 



 

Advertisement

Must Watch Video