Juventus mengesahkan ujian susulan akan dilakukan untuk Andrea Barzagli selepas pemain pertahanan itu mengalami masalah kekejangan otot betis ketika sesi latihan.
Barzagli, 37, masih belum melakukan penampilan dalam Serie A musim ini buat juara bertahan itu selepas kehadiran semula Leonardo Bonucci dari AC Milan membuatkan skuad bimbingan Massimiliano Allegri itu memiliki banyak pilihan.
Pemain veteran itu mengalami kecederaan otot tersebut ketika sesi latihan kelmarin tetapi ujian awal tidak menunjukkan sebarang masalah serius buat bekas benteng skuad kebangsaan Itali itu.
"Pemain pertahanan itu akan menjalani pemeriksaan susulan dalam masa beberapa hari lagi," kata wakil Juventus.
Juve akan melayan kunjungan pasukan tangga kedua liga, Sassuolo, pada esok dalam usaha untuk meneruskan permulaan cemerlang pada musim 2018/19, setelah meraih mata maksimum dalam tiga perlawanan.
Namun, pemain termahal kelab, Cristiano Ronaldo, masih belum membuka akaun jaringan sejak berhijrah dari Real Madrid pada musim panas lalu.