Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Juventus perlu ke final UCL -- Davids

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano-ronaldo.jpg
Edgar Davids menegaskan skuad semasa Juventus yang dipimpin oleh Cristiano Ronaldo tidak boleh dilabel sebagai terbaik sehingga mereka melangkah ke final Liga Juara-Juara (UCL).

Gergasi Itali itu menjuarai Serie A buat kali kelapan, dengan menamatkan saingan dengan kelebihan 11 mata ke atas pencabar terdekat, Napoli.

Bagaimanapun, di sebalik kehadiran Ronaldo musim lalu, Juventus tersingkir daripada saingan UCL dan Coppa Italia dalam pusingan suku akhir.

Davids berpandangan bekas pasukannya itu perlu memperbaiki rekod persembahan di pentas Eropah jika mahu terpahat dalam sejarah kelab.

Ditanya jika Ronaldo merupakan sebahagian daripada barisan terbaik Bianconeri, Davids menjawab, "Adakah Juve dan Ronaldo melangkah ke final UCL? Tidak. Tetapi saya berharap mereka akan melakukannya tahun depan.

"Ia menjadi satu obsesi buat Juventus untuk bergelar juara Eropah. Untuk menjadi yang terbaik, anda perlu memenanginya."

Juventus memperkuatkan skuad dengan menandatangani Aaron Ramsey, Adrien Rabiot dan Gianluigi Buffon di samping membawa masuk Merih Demiral dan Luca Pellegrini.

Kapten Ajax, Matthijs de Ligt, turut dijangka berhijrah ke Stadium Allianz tetapi Davids memiliki pendapat tersendiri.

"Dia baru sahaja bermain semusim di peringkat tertinggi.

"Saya tidak berasakan perlu membesar-besarkan persembahannya."

Advertisement

Must Watch Video