Skip to main content

Bola Sepak

Juventus, Napoli mahu tandatangani Icardi

mauro-icardi.jpg
Juventus dan Napoli berminat untuk menandatangani Mauro Icardi daripada Inter ketika jendela perpindahan musim panas lalu, kata ejen pemain itu.

Kontrak penyerang kebangsaan Argentina itu tamat pada 2021 di samping memiliki klausa perpindahan bernilai EURO112 juta yang hanya dikenakan kepada kelab dari luar Itali.

Real Madrid telah dikaitkan membuat bidaan selepas mereka kehilangan khidmat Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Juventus.

Kini, isteri Icardi serta ejennya, Wanda Nara, membayangkan dia hampir menyertai juara Serie A itu jika mereka gagal membawa Ronaldo ke Turin.

Bagaimanapun, dia berharap pemain berusia 25 tahun itu terus kekal di San Siro.

"Hubungan yang Icardi terima daripada Juventus hadir menerusia tujuh jaringan yang dihasilkannya ke atas kelab itu," kata Nara.

"Mereka telah membawa masuk Ronaldo. Itu objektif utama mereka dan Icardi merupakan pelan kedua mereka."

Nara turut memberitahu dia telah bertemu dengan Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, yang meluahkan hasrat untuk mendapatkan penyerang itu.

"Ya, saya telah bertemu beliau yang menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Icardi. Mereka telah berhubung dengan Inter tetapi Icardi telah membuat keputusan untuk kekal di San Siro."
 

Advertisement

Must Watch Video