CAGLIARI 0 JUVENTUS 2
Juventus semakin menghampiri kejuaraan kelapan berturut-turut Serie A selepas menewaskan Cagliari 2-0 di Arena Sardegna, awal pagi tadi.
Tanpa Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala yang masih cedera serta masalah kesihatan yang dialami Mario Mandzukic, Leonardo Bonucci mengambil tanggungjawab itu untuk menanduk masuk gol pembukaan dalam babak pertama.
Moise Kean kemudian menjaringkan gol keempatnya daripada tiga perlawanan liga musim ini untuk memastikan kemenangan skuad kendalian Massimiliano Allegri itu pada lewat permainan.
Kemenangan itu memberikan Juve kelebihan 18 mata di puncak Serie A, dengan Napoli akan menghabiskan kelebihan satu perlawanan dalam tangan untuk berdepan Empoli, awal pagi esok.
Juve menangani aksi goyah pada awal permainan dengan memperoleh jaringan pendahuluan pada minit ke-22 selepas Bonucci menanduk masuk bola sepakan sudut Federico Bernardeschi.
Blaise Matuidi berdepan peluang terbaik untuk menambah kelebihan Juve, namun tandukannya melepasi palang gol lawan.
Kegagalan itu hampir menghukum Juve pada enam minit terakhir babak petama, mujur percubaan Joao Pedro tersasar jauh.
Kean, yang memanfaatkan ketiadaan Ronaldo untuk menyerlahkan diri, agak senyap dalam tempoh sejam perlawanan sebelum mensia-siakan peluang terhidang dengan melakukan percubaan yang tepat ke dakapan Alessio Cragno.
Pemain gantian, Alberto Cerri, turut memberikan ancaman menerusi tandukannya, namun Kean menamatkan keampuhan kubu lawan dengan menolak masuk hantaran lintang Rodrigo Bentancur pada lima minit terakhir perlawanan.