JUVENTUS 3 NAPOLI 1
Mario Mandzukic menjaringkan dua gol ketika Juventus meraih kemenangan 3-1 ke atas pencabar gelaran Serie A, Napoli, di Stadium Allianz, awal pagi tadi.
Kemenangan ketujuh berturut-turut buat skuad kendalian Massimiliano Allegri itu bermakna mereka kini memiliki kelebihan enam mata ke atas Napoli.
Napoli mendahului permainan menerusi jaringan Dries Mertens sebelum Cristiano Ronaldo dan Mandzukic bergandingan untuk meledak gol penyamaan.
Finalis Piala Dunia itu sekali lagi meledak gol dalam separuh masa kedua selepas berjaya menyempurnakan hantaran Ronaldo.
Mario Rui terpaksa meninggalkan padang pada minit ke-58 buat pasukan pelawat sebelum Leonardo Bonucci menjaringkan gol pertama selepas kembali menyarung jersi Juve.
Napoli membuka jaringan pada minit ke-10 selepas kesilapan Bonucci ketika melakukan hantaran dan Jose Callejon menggunakan peluang tersebut untuk melakukan umpanan untuk Mertens.
Juve menyamakan kedudukan pada minit ke-26 apabila Ronaldo melakukan hantaran silang mencari Mandzukic, yang menanduk masuk menewaskan David Ospina.
Ospina menampilkan aksi cemerlang untuk menampan percubaan Ronaldo empat minit selepas perlawanan bersambung tetapi Mandzukic bertindak cemerlang menampan bola bagi membolehkan The Old Lady mendahului perlawanan.
Harapan Napoli untuk bangkit lebur selepas Mario Rui dilayangkan kad kuning kedua selepas melakukan terjahan ke atas Paulo Dybala.
Bonucci kemudian memastikan kemenangan ketujuh Juve dalam saingan Serie A.