Massimiliano Allegri melontarkan amaran kepada Juventus supaya bersedia untuk pertembungan fizikal membabitkan aksi Liga Juara-Juara (UCL) menentang Manchester United, awal pagi esok.
Juara bertahan Itali itu menuju ke Old Trafford setelah mencatat kemenangan berturut-turut dalam Kumpulan H untuk meletakkan mereka berkelebihan dua mata daripada lawan mereka yang berikutnya itu.
Bagaimanapun, Juve keciciran mata buat julung kalinya dalam aksi Serie A musim ini apabila diikat 1-1 dengan Genoa, Sabtu lalu.
Allegri menjangkakan satu lagi perlawanan sukar menentang The Red Devils yang juga terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri dengan Chelsea pada hujung minggu lalu yang menyaksikan anak buah Jose Mourinho itu melepaskan gol pada masa kecederaan.
"Ini akan menjadi permainan fizikal, kami perlu memberikan tumpuan penuh, mengatur hantaran dan mempersiapkan aspek teknikal dengan baik bagi mengelakkan salah satu ancaman terbesar yang bakal kami hadapi, iaitu bola tinggi," katanya kepada media.
"Manchester United merupakan pasukan mantap yang mempunyai jurulatih yang begitu berpengalaman manakala perlawanan nanti akan menjadi bukti bahawa kami harus selalu fokus dalam permainan selama 100 minit.
"Bukan sahaja perlawanan bertemu Genoa, malah keputusan pertembungan di antara Manchester United dan Chelsea juga dipengaruhi insiden tambahan masa."
Juventus bertandang ke Manchester tanpa Mario Mandzukic selepas penggempur Croatia terbabit kekal di Turin ekoran masalah pergelangan kaki semasa latihan semalam.
Allegri -- yang juga kehilangan Emre Can kerana masalah tiroid -- merancang untuk mengekang corak permainan fizikal United dengan memperkasakan bahagian tengah.
"Saya minta maaf tiada kelibat Mandzukic walaupun kecederaannya tidak serius," kata Allegri. "Saya sudah mempertimbangkan pemain yang akan menggalas tugas di jentera serangan.
"Kami mungkin akan menampilkan empat pertahanan kerana bahagian tengah kami perlu mengimbangi keupayaan lawan daripada segi bilangan."