Skip to main content

Bola Sepak

Juve miliki senjata yang mampu tandingi Real -- Trezeguet

9517david-trezeguet.jpg
David Trezeguet berkata Juventus memiliki senjata yang mampu menyamai Real Madrid jika mereka mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL), bulan hadapan.

Juve dan Real berada di landasan terbaik untuk beraksi di Cardiff selepas mereka mendahului aksi separuh akhir dengan keputusan 2-0 dan 3-0 ke atas Monaco dan Atletico Madrid menjelang pertemuan aksi timbal balik.

Trezeguet berasakan Juve memiliki kualiti untuk bersaing dengan skuad kendalian Zinedine Zidane.

"Barisan pemain Juve berhak untuk berada di kedudukan semasa mereka, sasarannya adalah untuk beraksi dalam final," katanya.

"Beraksi di Monaco, mereka beraksi dengan sempurna.

"Saya dapat melihat fizikal pasukan jauh lebih baik berbanding dua tahun lalu, ketika kami tewas kepada Barcelona dalam final. Saya dapat melihat kesungguhan, tahap agresif dan pasukan yang teratur serta memiliki sikap yang positif.

"Jika kami bertemu Real dalam final, kami memiliki senjata yang sama untuk berdepan mereka."

Trezeguet berasakan kejuaraan UCL adalah jalan yang paling sempurna buat Gianluigi Buffon untuk mewarnai kariernya.

"UCL adalah sasaran kami, objektif nombor satu Juve pada setiap musim.

"Kemenangan ini akan memberikan satu lagi kejayaan buat Buffon yang masih beraksi untuk Juve.

"Dia telah tewas dua kali di pentas final (2003 kepada Milan dan 2015 kepada Barcelona), saya pasti dia tidak mahu dikecewakan sekali lagi."
 

Advertisement

Must Watch Video