Bukan hanya di Malaysia, malah seruan untuk mendapatkan keadilan buat pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, yang meninggal dunia 16 Julai lalu turut tular di luar negara.
Meninjau laman portal media tempatan, penyokong dari Malaysia, Joshua Raj, yang hadir ke perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Liverpool dan Bournemouth mengangkat kertas bertulis '#JUSTICEFORZARA' di Anfield.
Ini jelas menunjukkan bahawa semua lapisan masyarakat berhak mengetahui insiden sebenar yang menimpa remaja tersebut.
Katanya dalam satu kenyataan: "Ini merupakan tanda sokongan penuh buat perjuangan menuntut keadilan menggunakan kekuatan bola sepak dengan suara kemanusiaan.
Terdahulu, Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada jam 4 pagi.
Pada 8 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan bahawa kubur Zara Qairina, perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan.
Seluruh negara meratapi pemergian Zara dan himpunan solidariti diadakan di beberapa kawasan termasuk Sungai Petani, Kedah, Kelantan dan Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah.
Peminat Liverpool Bersama Adik Zara

Bersatu Demi Zara
Liverpool sentiasa bersama — dari Anfield hingga Malaysia. Suara kita bergema untuk Zara. "You never walk alone"
Peminat Liverpool Bersama Adik Zara