Percaturan jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak, akhirnya memecah dominasi penguasaan Perak FC selama 11 tahun, selepas kali terakhir melakar kemenangan je atas The Bos Gaurus pada 2011.
Walaupun Hodak sudah memberi bayangan mengenai keletihan pemainnya selepas tiga perlawanan, perubahan taktikal dengan kemasukan Hadin Azman dan Paulo Dos Ries memberi kejutan 3-0 ke atas Perak di Cheras, malam tadi.
Ternyata kebangkitan prestasi anak buahnya dalam setiap perlawanan memberi petanda positif buat The Hawks sebelum mereka berdepan Melaka United hujung minggu ini.
"Kami semakin bagus dalam setiap perlawanan.
"Kami meraih tiga mata, kami sudah memungut tujuh mata.
"Kami sasarkan untuk kekal dalam Liga Super jadi dari awal musim lagi, kami menyasarkan 24 mata.
"Jadi ada 17 mata lagi untuk dikutip," kata bekas pengendali Kelantan itu.
Sementara itu, hasrat bekas pengarah teknikal Kuala Lumpur yang kini mengemudi Perak, Chong Yee Fatt, untuk membuktikan kemampuannya tidak kesampaian.
Yee Fatt tampak sugul sebaik tamat 90 minit permainan itu sambil menegaskan masalah keserasian yang tidak konsisten menjadi punca Perak tumpul.
"Persefahaman dalam kalangan bukanlah teruk tapi tidak tekal.
"Dalam detik tertentu dalam beberapa perlawanan, kami tidak kekurangan daripada segi tumpuan," katanya pula.