Chiangrai United bakal meneruskan kempen Liga Thailand tanpa khidmat jurulatih selepas terpalit dengan dakwaan serius ke atas ketua jurulatihnya.
Kontroversi melibatkan Worawut Wangsawad bertiup kencang apabila difahamkan telah digantung oleh pihak pengurusan sementara siasatan dibuat bagi mengenal pasti punca kepada permasalahan itu.
Menurut laporan media tempatan, pengendali berusia 43 tahun itu melakukan serangan keganasan terhadap seorang wanita menggunakan sebatang mop sehingga mendatangkan kecederaan.
Diberitakan wanita tersebut sudah melaporkan kes kepada polis.
Chiangrai United tewas kepada Ratchaburi dalam pertandingan domestik, sebentar tadi.