Pemerhati bola sepak negara, Datuk Pekan Ramli, berasakan jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski, perlu bijak menggunakan barisan pemain yang ada agar jentera serangan 'tidak tumpul' menjelang perlawanan persahabatan dan aksi Kelayakan Piala Asia 2027 nanti.
Dia turut berkongsikan mengenai taktikal bola sepak moden masa kini yang tidak hanya tertumpu kepada pemain penyerang sahaja dalam menjaringkan gol.
Malah, semua pemain memainkan peranan penting dan berpeluang mencipta jaringan selain perkara itu turut bergantung kepada idea jurulatih sendiri dalam merancang strategi bagi mencapai kemenangan.
"Kita tidak boleh menilai hanya berdasarkan senarai nama kerana taktikal moden kini lebih fleksibel dan bukan hanya penyerang menjaringkan gol.
"Pemain sayap dan pemain tengah menyerang juga boleh memainkan peranan menjaringkan gol, bergantung kepada idea dan taktikal pasukan.
"Kebijaksanaan Cklamovski memainkan peranan dan dia perlu pandai menggunakan pemain yang ada bagi memastikan kita tidak tumpul di bahagian depan." katanya seperti dilaporkan kepada Sinar Harian.
Untuk rekod, seramai 38 pemain telah dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat menjelang dua perlawanan persahabatan berdepan Cape Verde dan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun depan.

?Berikut senarai nama 28 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Ahad, 18 Mei 2025. pic.twitter.com/VoPB8GeP3p
— Malaysia NT (@malaysia_nt) May 15, 2025