BOLA SEPAK

Jurulatih digantung enam bulan kerana hina pengadil wanita

Stadium Astro
Ammar Hakim
06/04/2025
02:31 MYT
Sponsor Banner
Jurulatih digantung enam bulan kerana hina pengadil wanita
Jurulatih, Joel Oliveira, telah digantung selama enam bulan dan didenda atas diskriminasi jantina selepas menghina pengadil wanita Joana Rita secara lisan semasa perlawanan bola sepak wanita di Portugal.
Insiden tersebut berlaku 3 Februari lalu ketika perlawanan Women's National Promotion Cup antara Pacos de Ferreira dan Romariz B.
Selepas pengadil, Rita, melayangkan kad merah pada minit ke-84, Oliveira, yang kelihatan kecewa, mendekati pengadil tersebut dan berkata, "Jadi itu bukan penalti? Anda tidak tahu apa yang harus dilakukan di sini... Lembu, anda datang ke sini tanpa mengetahui apa yang perlu dilakukan, balik rumah lebih baik," kata ketua jurulatih Romariz B, Oliveira kepada Rita.
Di sebalik kekecohan itu, Pacos de Ferreira menang perlaawan tersebut 2-0.
Pada 28 Mac lalu, Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) mendapati jurulatih Romariz B melanggar kod disiplin, lapor Marca.
Peraturan itu menetapkan bahawa mana-mana perbuatan yang 'mencemarkan maruah, keturunan, jantina atau identiti jantina, ketidakupayaan, bangsa, kewarganegaraan, etnik, bahasa, wilayah asal, agama, kepercayaan politik atau ideologi, pendidikan, keadaan ekonomi, keadaan sosial atau orientasi seksual mereka, dikenakan penggantungan dari tiga bulan hingga tiga tahun."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video