Skip to main content

Bola Sepak

Jurulatih akur jika Liga-M ditunda lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thomas-trucha.jpg
Keputusan Kerajaan Malaysia untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak sehingga 18 Februari ini sudah pasti akan memberikan kesan kepada perjalanan Liga Malaysia yang terdahulu telah ditunda kepada 5 Mac ini.

Implikasi itu membabitkan kebenaran untuk kesemua pasukan menjalankan latihan secara berpasukan, sekali gus menimbulkan keresahan buat jurulatih dan pemain yang teribat.

Bagaimanapun, jurulatih Penang FC, Thomas Trucha, dan jurulatih Perak FC, Mehmet Durakovic, akur dan sedia menunggu arahan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) demi keselematan setiap individu yang terlibat.

Trucha berkata: "Kami tidak gembira mengenainya tetapi kami perlu menerima situasi itu seadanya. Kami hanya dapat berkomunikasi dengan pemain melalui panggilan video dan beberapa apikasi pemantauan lain.

"Orang lain juga hidup seperti itu, jadi jika terdapat sebarang risiko, kami perlu bersetuju mengenainya."

Durakovic pula menambah: "Anda sudah pasti mahu memiliki waktu yang lebih panjang tetapi anda tidak tahu apa perancangan MFL.

"Saya fikir mereka akan mengumumkan satu ketetapan baru kerana PKP telah dilanjutkan sehingga 18 Februari ini tetapi saya tidak tahu. Kami hanya perlu menunggu dan lihat."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video