WEST HAM 1 LIVERPOOL 2
Jurgen Klopp menggesa Liverpool agar terus menunjukkan karakter sebenar mereka selepas memperoleh kemenangan ketiga berturut-turut untuk memanjat ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan West Ham 2-1 di Stadium London, awal pagi tadi, hasil jaringan Cody Gakpo dan Joel Matip yang membatalkan gol pembukaan awal Lucas Paqueta.
Pengurus West Ham, David Moyes, naik angin selepas rayuan bola yang didakwanya terkena tangan Thiago Alcantara di dalam kotak penalti di penghujung perlawanan tidak diendahkan pengadil, Chris Kavanagh, termasuk video bantuan pengadil (VAR).
“Saya sangat menyukai persembahan ini,” kata Klopp dalam sidang media pasca perlawanan.
"Saya rasa kami luar biasa dalam separuh masa pertama. Kami kawal permainan dengan cukup baik dari awal lagi, kami melakukan satu kesilapan dan ketinggalan 1-0.
"Saya harus katakan ia satu jaringan yang hebat, saya sampai menjerit tetapi kami kekal tenang, terus bertahan.
"Kami juga merakamkan satu gol deras dan mengawal rentak perlawanan.
"Saya juga menggemari aksi babak kedua. Kami terpaksa terpaksa bertungkus lumus akibat corak permainan fizikal West Ham, mereka sentiasa mempunyai peluang untuk bangkit selagi kami tidak membunuh permainan dan kami tidak melakukannya.
"Kami mempunyai peluang terhidang dalam bola pegun, saya tidak tahu macam mana kami tidak menyudahkannya -- saya tidak memahaminya tetapi kemudian kami menjaringkan gol yang indah daripada satu lagi bola mati.
"Saya juga terdengar mengenai bola terkena tangan tetapi ketika itu saya sedang memandang ke arah lain.
"Saya fikir anak buah saya hanya jatuh ke atas bola tetapi saya boleh faham mungkin kalau Moyes melihatnya daripada sudut yang berbeza sama sekali.
"Jika kami memungut mata, saya tetap gembira dengan corak permainan tetapi bukan berdasarkan keputusannya tetap ] kini saya gembira dengan kedua-duanya."

"Akhirnya, jika anda melihat perlawanan ini, saya fikir kami memang berhak memang dan itu bagi saya sangat penting.5 - Trent Alexander-Arnold has assisted five goals in the Premier League this month, the most assists by a Liverpool player in a single month in the competition. Back. pic.twitter.com/vdqujDsEKy
— OptaJoe (@OptaJoe) April 26, 2023