Liverpool telah mengalami permulaan yang paling teruk di bawah pimpinan Jurgen Klopp dan pengurus The Reds itu mengakui walaupun dia mendapati prestasi sukar pasukannya sukar diterima.
Klopp memohon maaf kepada penyokong Liverpool terpaksa mengharungi kekecewaan apabila pasukan sekadar memperoleh 10 mata daripada lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Klopp turut berjanji -- walaupun dia mengetahui dia tidak boleh mengubah kemerosotan dalam prestasi pasukannya dalam sekelip mata, dia masih percaya bukan tugas yang mustahil untuk menghidupkan semula semangat pasukan. Selepas mengejar Manchester City sepanjang perjalanan dalam perlumbaan kejuaraan musim lalu -- dan begitu hampir dengan empat kali ganda yang bersejarah -- mereka gagal meneruskan rentak konsisten bagi musim ini.
"Kami tahu betapa sukarnya situasi ini -- kami tetap akan berusaha memperbaiki kelemahan pasukan," katanya.
Namun jika peluang untuk mengejar gelaran liga sudah berakhir, mereka masih lagi memilik harapan di pentas Eropah dan perjalanan awal pagi esok ke Glasgow untuk bertemu Rangers menawarkan bukan sahaja peluang untuk penebusan, tetapi juga peluang untuk mengambil langkah besar ke peringkat kalah mati pertandingan tersebut.
Kemenangan di Ibrox, ditambah pula dengan kekalahan Ajax yang berdepan Napoli yang menewaskan mereka 6-1 kurang seminggu yang lalu, bermakna mereka hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir mereka.
Klopp optimis mampu mengubah permulaan buruk ini dan memberi harapan kepada penyokong, sekurang-kurangnya di pentas Eropah. "Ini adalah situasi yang sukar tetapi ia juga satu cabaran," katanya.
“Ia adalah cabaran yang mesti kita hadapi. Kami sentiasa menghadapi cabaran tetapi kami teruskan. Saya minta maaf kepada semua orang kita yang menjangkakan bahawa selepas musim lalu kami untuk bersaing untuk semua gelaran. Dan sekarang ia tidak berlaku.
“Kami mula memberikan peningkatan dalam sesi latihan. Kami tetap akan turun ke padang dan memberikan yang terbaik dan itulah yang akan kami lakukan [menentang Rangers], kerana kami perlu melakukannya.”