LIVERPOOL 0 PALACE 1

Jurgen Klopp percaya keputusan ketika menentang Manchester United menjadi punca Liverpool hilang momentum dalam perebutan kejuaraan kebelakangan ini.


The Reds mengakui usaha mendaki puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi semakin sukar berikutan dikecewakan 0-1 kepada Crystal Palace, malam tadi.

Ia menutup minggu yang sangat mengecewakan bagi warga Merseysiders selepas seri di United hujung minggu lalu disusuli kekalahan memalukan Liga Europa kepada Atalanta, Khamis lalu.

Klopp, bagaimanapun, menjelaskan keputusan di Old Trafford termasuk kekalahan dramatik Piala FA bulan lalu yang menguburkan impian The Reds untuk mengintai empat kejuaraan telah menghakis semangat juang mereka.

Pengurus berbangsa Jerman itu berkata: “Saya fikir masalahnya, sedikit sebanyak dan saya tidak 100 peratus pasti bahawa, cara kami menangani perlawanan United boleh membantu.

“Kami tewas dalam Piala FA dan ia seperti satu malapetaka kerana kami begitu handal tapi akhirnya tetap tewas juga.

“Kemudian kami seri di sana tetapi ia sangat bagus untuk tempoh yang lama. Kami terpaksa akur.




“Apa pun ia bukan alasannya untuk hari ini, masalah yang kami hadapi ketika menentang United adalah berbeza sama sekali dengan perkara yang kami hadapi pada hari ini, namun jelas sekali kami menjangkakan kebangkitan.

“Kekalahan kepada United lebih daripada sekadar sebuah perlawanan. Ia tidak membantu.”