Jurgen Klopp menyeru Liverpool agar mengutip apa sahaja yang mereka peroleh di penghujung musim ini ketika ketika bertemu Tottenham dalam misi mencipta kemenangan keempat berturut-turut Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Reds menghuni tangga ketujuh selepas meneruskan kebangkitan baru-baru ini menerusi kemenangan 2-1 di West Ham di pertengahan minggu.
Liverpool berada tujuh mata di belakang pasukan di tangga keempat, Manchester United, dan akan memintas Spurs seandainya menewaskan mereka di Anfield, malam esok.
Pengurus The Reds itu menjangkakan pemainnya akan mengerahkan segala kudrat untuk mendapatkan slot sama ada dalam Liga Juara-Juara (UCL) mahupun Liga Europa.
Dia berkata: "Kami akan terima apa sahaja yang kami dapat.
"Kami tidak memulakan musim dengan mengatakan ia akan menjadi hebat, sebaliknya musim ini mengajar kami tentang beberapa perkara.
"Jika ia Liga Europa maka jadilah Liga Europa.
"Kami mahu mencipta asas untuk melayakkan diri dalam senario yang sebaik mungkin.
"Kami perlu perah segalanya."

.@IbrahimaKonate_ is available for #LIVTOT this weekend ?
— Liverpool FC (@LFC) April 28, 2023