ARSENAL 3 LIVERPOOL 2

Jurgen Klopp mengakui trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) makin samar buat Liverpool selepas mereka tumbang kepada Arsenal 3-2, awal pagi tadi.


Dua kali kebangkitan pelawat menjadi sia-sia selepas sepakan penalti Bukayo Saka menjadi pemisah kedua-dua pasukan dalam pertembungan di Stadium Emirates.

Kejayaan itu menyaksikan The Gunners kembali menerajui EPL manakala jurang 14 mata meletakkan Liverpool di tangga ke-10.

Senario itu sama sekali berubah setelah mereka muncul naib juara musim lalu, lantas Klopp mengakui perjuangan mereka untuk mengulangi kejayaan 2021 tampak makin sukar.

“Kami tidak berada dalam perebutan kejuaraan. Adalah naif untuk duduk di sini dan memikirkan bahawa kami menghampirinya,” katanya dipetik dari laman Thisisanfield.

“Kami berdepan masalah ketika ini tetapi sudah tentu, Arsenal dalam prestasi terbaik, pendahulu liga tetapi (kami mempunyai) masalah besar hari ini.

"Saya fikir walaupun kami dalam keadaan yang sangat teruk, terdapat masalah sebenar dan itulah hakikat yang kami sedang hadapi."






Dalam masa sama, pengurus Liverpool itu percaya pemilihan pemain serta taktikalnya apabila dia terpaksa mengeluarkan Joel Matip dan digantikan dengan Ibrahima Konate.

“Saya rasa gol yang kami bolosi tiada kaitan dengan taktikal,” kata Klopp.

“Adakah saya mempunyai kebimbangan yang lebih besar? Ya, sudah tentu saya tidak gembira, bagaimana saya boleh bergembira?

“Kami berada dalam detik yang sukar dan kami mahu melaluinya bersama-sama. Itu yang kami usahakan.”