Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menerima pasukannya tidak cukup bagus untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.
Seri 1-1 di laman sendiri ketika bertemu Aston Villa bukan hanya menamatkan sembilan kemenangan berturut-turut namun semakin menutup harapan mereka menamatkan saingan di kelompok empat terbaik.
Mereka perlu memenangi perlawanan terakhir mereka di Southampton dan bergantung kepada Newcastle atau Manchester United untuk tidak mengutip satu lagi mata daripada baki dua perlawanan mereka, keputusan yang diakui Klopp tidak akan berlaku.
“Saya rasa kualiti permainan sepanjang musim ini hanyalah untuk kami layak ke Liga Europa berbanding Liga Juara-Juara,” katanya.
"Kami gagal bermain dengan baik untuk memperbaiki kedudukan pasukan."
“Separuh masa pertama perlawanan ini agak mengecewakan. Kami terlalu tergesa-gesa ketika mengawal bola dan sebaliknya.
“Mereka (Villa) pula mempunyai detik-detik dalam permainan dan mereka adalah pasukan bola sepak yang bagus.
“Ia jelas pada separuh masa kedua kami perlu bertenang, mengambil masa untuk membuat keputusan yang betul, dan itulah yang kami lakukan dan kemudian anda dapat melihat hingga tamat perlawanan."