Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Jurang usia Juventus-Monaco bukan penentu -- Buffon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

buffon-030517.jpg
Penjaga gol veteran Juventus, Gianluigi Buffon, mengakui AS Monaco adalah pasukan mentah menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi esok. 

Kejayaan skuad kendalian Leonardo Jardim itu melangkah ke peringkat itu dengan beberapa pemain muda -- termasuk pemain berusia 18 tahun, Kylian Mbappe, yang telah menjaringkan lima gol dalam pertandingan tahun ini.

Juve akan turun dalam aksi pertama sebagai pasukan pilihan berdasarkan pengalaman luas mereka dalam kalangan pasukan elit Eropah dengan purata pemain kelab Turin itu berusia 30 tahun, di mana purata usia mereka melebihi lima tahun berbanding kelab Perancis itu. 

"Monaco berhak berada di tahap ini," ujar Buffon, 39, dalam sidang akhbar. "Ia akan menjadi satu perlawanan yang seimbang.

"Saya berasakan pengalaman memihak kepada kami tetapi mereka sebuah pasukan muda dan bersemangat. Mereka tidak gentar dan berdarah muda.

"Apabila anda masih muda, dan saya masih ingat perkara ini ketika pada awal kerjaya saya, anda rasa tidak dapat dimusnahkan. Mereka telah mengatasi pasukan-pasukan handalan untuk sampai ke tahap ini.

"Monaco bermain dengan penuh yakin dan sangat tidak menentu. Dengan gandingan (Radamel) Falcao dan Mbappe, mereka adalah berbahaya."

Meskipun tidak bimbang dengan jurang umur, Buffon berkata masa depannya tidak bergantung kepada nasib Juve dalam Liga Juara-Juara.

"Jika anda mempunyai keinginan untuk menang, umur tidak membawa apa-apa makna," katanya.

"Sama ada menang atau kalah, saya suka bermain dalam Liga Juara-Juara. Ia membuatkan saya beraksi di tahap terbaik.

"Ia mungkin sukar untuk dipercayai tetapi bagi saya, bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara akan memberikan saya keseronokan seperti dulu. Saya dilahirkan untuk beraksi dalam perlawanan seperti ini.

"Walaupun kami memenangi perlawanan akhir, ia tidak akan mengubah masa depan saya. Saya mempunyai kontrak sehingga 2018."

Advertisement

Must Watch Video