Itu pandangan beberapa pemerhati bola sepak tempatan apabila Pahang dan Kedah mara ke pentas akhir Piala FA selepas mengetepikan Negeri Sembilan dan Terengganu.
Bagi bekas pemain kebangsaan, Hasnizam Uzir dan Jalil Ramli, kualiti keseluruhan pasukan yang dimiliki Pahang dan Kedah terserlah dalam aksi kedua separuh akhir kelmarin.
Pahang dan Kedah juga tampak mampu menangani tekanan dan situasi sukar beraksi di laman lawan.
"Pengalaman yang dimiliki oleh pemain-pemain dan kualiti pemain import secara tidak langsung membantu Pahang dan Kedah ke perlawanan final Piala FA musim ini," kata Hasnizam.
"Pahang dan Kedah mampu menangani tekanan beraksi di tempat lawan dan ia membantu mereka ke final," ujar Jalil.
Namun, kedua-dua pemerhati ini mempunyai pandangan berbeza mengenai peluang Pahang dan Kedah untuk muncul juara dalam saingan final Piala FA musim ini.
"Pada pendapat saya, falsafah bola sepak yang diterapkan oleh kedua-dua pasukan sangat berbeza dan mana-mana pasukan mampu mencipta kejayaan," tambah Hasnizam.
"Saya melihat Pahang memiliki kelebihan kerana mereka dikendalikan oleh Dollah Salleh, beliau merupakan seorang pengendali pasukan yang berpengalaman untuk beraksi dalam perlawanan-perlawanan penting sebelum ini," jelas Jalil.