LALIGA
Jude Bellingham seperti dari planet berbeza
Presiden LaLiga Javier Tebas nyatakan Jude Bellingham berasal dari "planet berbeza" dan memuji impak pemain tengah England itu dalam liga Sepanyol.
Bellingham telah memulakan aksi menakjubkan di Real Madrid berikutan pertukaran musim panas dari Borussia Dortmund, menjaringkan 13 gol dalam 14 perlawanan pertamanya dalam semua pertandingan.
Pemain berusia 20 tahun yang tidak sertai tugasan antarabangsa bersama England minggu ini kerana masalah bahu, telah menjadi daya tarikan di Bernabeu dan sudah pun menjadi bintang baru LaLiga.
Iklan
Tebas mengakui orang ramai terkejut dengan kehebatan Bellingham dan masih terlalu awal untuk menganggarkan betapa pentingnya dia untuk liga Sepanyol dari perspektif komersial.
“Hanya beberapa bulan, terlalu awal untuk mengetahui tahap sepenuhnya, tetapi dalam tahap tontonan di UK Bellingham memberi impak besar dalam liga kami.
“Dia pemain penting dan United Kingdom serta kawasan berbahasa Inggeris lain tertarik dengan liga kami kerana dia.
“Bellingham adalah pemain terbaik, kami tahu dia pemain yang hebat tetapi kami tidak menyedari tahap yang dia boleh capai, di Real Madrid dia seperti dari planet berbeza.
"Saya pasti dia akan kekal untuk beberapa musim lagi."
Must-Watch Video