The Toffees dalam zon penyingkiran selepas kelihatan buntu untuk merobek gawang skuad Cherries di Goodison Park, sebentar tadi, sementara Leicester yang bertemu West Ham sedang mendahului di tempat sendiri.
????? pic.twitter.com/sppPKGCa5v
— Everton (@Everton) May 28, 2023
Tetapi jaringan Doucoure dari luar kotak penalti pada minit ke-57 memberikan anak buah Sean Dyche itu kemenangan yang mereka perlukan untuk menjamin keselamatan, secara tidak langsung menjadikan keputusan pencabar terdekat mereka tidak lagi relevan.
???? ????: #LUFC fall to a 4-1 defeat against Tottenham. Today’s results confirm Leeds will be playing in the Championship next season pic.twitter.com/1azho3LCAI
— Leeds United (@LUFC) May 28, 2023
Skuad kendalian Dean Smith, Leicester, pula di sebalik kemenangan 2-1 ke atas West Ham, tetap tersingkir berikutan zon selamat sudah di luar jangkauan memandangkan kemenangan yang dicipta Everton.
Leeds akan menyertai The Foxes dan Southampton dalam divisyen kedua selepas dibelasah 1-4 di kandang sendiri oleh Tottenham -- Harry Kane menjaringkan dua gol -- ketika misi meraih empat kemenangan yang Sam Allardyce lancarkan dalam usaha menyelamatkan kelab dari Yorkshire itu terbukti sia-sia.