Skip to main content

Bola Sepak

Jualan tiket Chelsea bersyarat

chelsea.jpg
Chelsea dibenarkan semula untuk menjual tiket perlawanan di tempat lawan membabitkan aksi perebutan trofi termasuk pasukan wanita selepas Kerajaan United Kingdom (UK) bertindak mengubah lesen khas kelab Liga Perdana (EPL) itu.

The Blues telah diberikan lesen untuk terus beroperasi selepas pemilik, Roman Abramovich, disekat oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap pencerobohan negara asalnya, Russia, ke atas Ukraine.

Sekatan itu bermakna kelab berkenaan tidak dibenarkan menjual sebarang tiket yang belum dibeli sebelum pengumuman tersebut dibuat pada 10 Mac.

Bagaimanapun, perubahan lesen itu bermakna Chelsea kini dibenarkan menjual tiket untuk perlawanan tertentu.

Ia termasuklah perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Real Madrid pada 7 April di tempat sendiri dan separuh akhir Piala FA menentang Crystal Palace di Stadium Wembley pada 16 April depan. 

Peminat Chelsea juga boleh membeli tiket ketika berkunjung ke kandang lawan untuk perlawanan dan hasil jualan itu akan diserahkan kepada tuan rumah.

Sementara itu, penyokong pasukan pelawat juga boleh membeli tiket untuk perlawanan liga di Stamford Bridge tetapi hasilnya akan disalurkan kepada pengelola kejohanan tersebut. 

Advertisement

Must Watch Video