Luka Jovic berkata impiannya kini telah tercapai selepas meninggalkan Eintracht Frankfurt untuk menyertai gergasi LaLiga, Real Madrid.
Jovic meninggalkan Jerman untuk berkelana ke Real dengan kontrak selama lima tahun dengan nilai perpindahan €60 juta (RM juta).
Penyerang berusia 21 tahun itu menggegar Eropah musim ini dengan meledak 17 gol dalam saingan Bundesliga sementara 10 gol bagi saingan Liga Europa.
Jovic, yang hadir dari Benfica secara pinjaman selama dua tahun pada 2017 sebelum Eintracht mengambil keputusan untuk membelinya April lalu, sudah mengucapkan selamat
tinggal kepada pasukan Jerman itu semalam.
Menulis di Instagram, Jovic berkata, "Kepada penyokong Eintracht, seperti apa yang telah anda ketahui, saya akan berhijrah ke Real.
"Saya menikmati dua tahun beraksi bersama Eintracht Frankfurt. Saya telah bertemu ramai pemain yang bersama pasukan ini. Ia merupakan satu kenangan yang istimewa.
"Kami boleh berbangga dengan pencapaian pasukan. Saya tidak akan melupakan beraksi dalam Liga Europa bersama anda semua. Kejayaan menjulang Piala DFB musim lalu merupakan antara punca sukar untuk meninggalkan pasukan ini.
"Bagaimanapun, Real telah membuka peluang kepada saya untuk meraih cabaran baru. Ia merupakan impian menjadi kenyataan buat saya.
"Terima kasih di atas peluang yang diberikan dan anda semua akan sentiasa diingati."