Jorginho berasakan satu kehilangan jika Maurizio Sarri meninggalkan Chelsea selepas bersama pasukan hanya semusim.
Sarri memimpin The Blues menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ketiga dan menewaskan Arsenal 4-1 untuk menjuarai Liga Europa (UEL).
Chelsea turut ke final Piala EFL sebelum tewas kepada Manchester City menerusi penentuan penalti tetapi penyokong kelab itu sering kali mengeluh terhadap taktikal yang digunakan Sarri.
Jorginho mengikut Sarri ke Stamford Bridge daripada Napoli tahun lalu tetapi pemain tengah itu yang mungkin melihat pengendalinya itu kembali ke Itali ketika juara Serie A, Juventus, berkata ia bersedia untuk melantiknya sebagai pengganti Massimiliano Allegri.
Pemain kebangsaan Itali, Jorginho, bagaimanapun berharap Sarri kekal untuk musim depan serta beranggapan penyokong Napoli akan terasa dikhianati jika Sarri berhijrah ke Turin.
"Ia amat mengecewakan kerana Sarri telah melakukan tugas dengan baik," kata Jorginho.
"Kami mengakhiri saingan EPL di tangga ketiga, menjuarai UEL dan melangkah ke final Piala EFL di sebalik kritikan terhadap taktikalnya.
"Ia merupakan musim yang baik buat Chelsea.
"Penyokong Napoli masih lagi menyanjungi Sarri dan ia merupakan perkara biasa mereka marah (jika Sarri ke Juve). Ia dilihat sebagai pengkhianatan," katanya.
Emerson Palmieri turut berasakan Sarri perlu kekal di London untuk musim depan.
"Sukar untuk membincangkan perkara ini. Kami mengharungi musim yang baik.
"Sarri perlu kekal bersama Chelsea," ujarnya.