Skip to main content

Bola Sepak

Joe Hart tolak keropok lekor, pilih nasi lemak sebagai menu utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joehart.jpg
Bekas penjaga gol utama England, Joe Hart, memberikan pandangan terkini mengenai hidangan yang menjadi pilihan orang ramai di Malaysia serta sempat berkongsi rating terhadap beberapa makanan tersebut.

Menerusi segmen khas yang dibawakan oleh Stadium Astro, bekas pemain nombor satu Manchester City itu dijemput sebagai tetamu bagi mencuba pelbagai jenis makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Ketika dihidangkan satu juadah menarik yang cukup sinonim dengan negeri Terengganu, keropok lekor, Joe Hart enggan menikmatinya kerana dia bukanlah seorang peminat ikan. 

“Saya agak tidak menyukai baunya kerana saya bukan seorang penggemar makanan berasaskan ikan. 




“Saya tidak mahu memakannya. Bukan untuk saya.

“Ia mungkin sedap tetapi bukan untuk saya," katanya sambil berseloroh melihat keropok lekor. 

Sementara itu, bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mencuba hidangan popular Malaysia, nasi lemak, yang menjadi pilihan utamanya meskipun pertama kali merasainya.

“Sangat sedap. Saya tidak mahu makan lagi tetapi sangat gembira. 

“Saya sukakan campuran telur rebus, ayam dan nasi. Sambalnya tidak terlalu pedas. 

Ketika ditanya hidangan manakah yang menjadi pilihan terbaik, dia menjawab: "Saya akan menjamu tetamu dengan nasi lemak."

Advertisement

Must Watch Video