Skip to main content

Bola Sepak

Jodoh Tarragona bersama TRW berakhir

img-20190301-wa0007.jpg
Skuad The Red Warriors (TRW) tersentak menjelang pertemuan penting pusingan kedua Piala FA menentang Selangor malam esok apabila  penyerang import kelahiran Uruguay, Raul Andres Tarragona, membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan itu.

Melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd, Tarragona yang juga bekas penyerang Ansan Greeners, memohon untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama berkuatkuasa semalam atas faktor yang tidak didedahkan. 

"Kami telah berbincang dan bersetuju untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama.

"Pihak pengurusan Kelantan Red Warriors mengucapkan terima kasih diatas sumbangannya membantu pasukan dalam beberapa perlawanan sebelum ini," kata kenyataan itu hari ini.

Untuk rekod, Tarragona yang menandatangani kontrak pada 29 Januari lalu mendapat kritikan hebat daripada penyokong setia apabila mengalami kemarau jaringan selepas mengharungi empat perlawanan liga bersama Kelantan.

Bagaimanapun, penyerang yang digelar 'mesin gol' itu akhirnya membuka akaun jaringan pada minit ke-19 aksi Liga Perdana menentang Terengganu FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat lalu.

Advertisement

Must Watch Video