Skip to main content

Bola Sepak

Joao Mario sertai Lokomotiv Moscow secara pinjaman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joaomario-cropped_199pzlnah6apz1l5r7hq6ywiop.jpg
Lokomotiv Moscow mengumumkan kehadiran Joao Mario daripada Inter Milan secara pinjaman jangka panjang.

Kelab Liga Perdana Russia itu memiliki pilihan untuk mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu secara tetap pada penghujung musim ini.

Mario menyertai Inter sebelum sepak mula musim 2016-17 dan melakukan 32 penampilan dalam semua kejohanan ketika melalui kempen sulung.

Namun, dia gagal menjadi pilihan dalam kesebelasan utama bagi musim berikutnya sehingga dipinjamkan ke kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United, pada Januari 2018, di mana dia melakukan 14 penampilan.

Pemain Portugal itu melakukan 22 penampilan buat Inter musim lalu tetapi tidak disenaraikan dalam skuad ketika aksi pembukaan menentang Lecce, Isnin lalu.

"Saya sangat gembira menyertai Lokomotiv," katanya.

"Saya tahu ini adalah kelab besar. Pasukan ini memiliki ramai pemain berpengalaman.

"Saya bertanya kepada Manuel Fernandes dan Eder tentang kelab ini apabila kami mewakili pasukan kebangsaan Portugal.

"Saya bercakap dengan Eder sebelum perpindahan ini. Dia memberitahu saya bahawa Lokomotiv adalah kelab yang bagus dengan persekitaran yang hebat.

"Beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah juga menjadi salah satu faktor," ujarnya.

Mario bakal melakukan penampilan pertama apabila Lokomotiv melayan kunjungan Rostock di RZD Arena.

Advertisement

Must Watch Video