Ketua jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, tidak berpandangan Joao Felix adalah pemain yang sama dengan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo.
Pemain berusia 19 tahun, Joao Felix, menjadi pemain muda termahal dunia selepas menyertai Atletico daripada Benfica dengan yuran perpindahan EURO126 juta (RM578 juta) bulan lalu.
Penyerang itu menikmati pramusim yang memberangsangkan di bawah kendalian Simeone selepas mencetak satu gol dan satu bantuan jaringan ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas MLS All-Stars di Orlando.
Pemain itu mendedahkan keinginannya untuk mengikut jejak langkah rakan senegaranya, Ronaldo, pemenang Ballon d'Or lima kali dan juara liga di England, Sepanyol dan Itali, namun Simeone berasakan terdapat sedikit perkara yang membandingkan mereka.
"Tidak, saya tidak berasakan Joao Felix sama seperti Ronaldo," kata Simeone.
"Saya gemar menyaksikan dia bermain sejak menyertai pasukan. Seorang pemain muda, namun memiliki kemahiran yang tinggi dalam mengawal bola dan bijak membaca permainan.
"Kami akan membantunya untuk berkembang dan menjadi pemain yang lebih baik dan kuat seperti apa yang diharapkan oleh semua orang.
"Saya sangat gembira dengan kesemua muka baru Atletico. Felipe dan Mario Hermoso mula mempamerkan perkembangan. Menurunkan semua muka baru dalam skuad utama pasukan membantu kami untuk membuat persiapan menghadapi musim baru.
"Pasukan telah mula menampakkan keserasian selepas lebih 20 hari berlatih bersama. Pemain-pemain baru sedang berusaha untuk mengikut rentak pasukan."
Joao Felix turut bergembira di atas persembahannya sebagai pemain gantian selepas menjaringkan gol kedua untuk kelab itu selepas jaringan pertamanya terhasil ketika menewaskan Real Madrid 7-3 dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC).
"Saya telah menjaringkan dua gol setakat ini dan ia menggembirakan saya," katanya.
"Saya bermain dengan cara saya. Menyesuaikan diri bergantung kepada situasi. Ini semua adalah permulaan, kami akan terus berlatih untuk menghadapi musim baru."