Joao Felix mahu mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo dengan memenangi Ballon d'Or.
Pemain berusia 19 tahun itu merupakan perpindahan termahal Atletico Madrid selepas kelab itu membayar sebanyak EURO126 juta (RM574 juta) kepada Benfica bulan lalu.
Joao Felix menempa namanya dalam saingan Primeira Liga dan Liga Europa musim lalu, kemudian bergandingan dengan Ronaldo ketika membantu Portugal menjuarai Liga Negara-Negara.
Penyerang itu kini mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Antoine Griezmann, dengan penyerang kebangsaan Perancis itu akhirnya menyempurnakan perpindahan menyertai Barcelona.
Dan Joao Felix berharap untuk mengikut jejak langkah yang sama dengan Ronaldo, yang menjulang empat gelaran Liga Juara-Juara (UCL) selepas menyertai Real Madrid daripada Manchester United pada 2009 dan memahat nama selaku pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali.
"Cristiano Ronaldo telah memenangi lima trofi Ballon d'Or dan ini merupakan impian setiap pemain," kata Joao Felix kepada ESPN.
"Sejujurnya, saya mahu meraih pencapaian yang sama dengan Ronaldo."
Paulo Futre, Simao dan Tiago merupakan antara pemain kelahiran Portugal yang membintangi Atletico.
Tetapi Joao Felix berpandangan tradisi Rojiblancos yang membentuk penyerang berkualiti -- termasuk Radamel Falcao, Diego Forlan, Fernando Torres, Sergio Aguero dan Griezmann -- berjaya menarik perhatiannya untuk berhijrah ke Wanda Metropolitano.
"Saya melihat penyerang-penyerang yang dibentuk Atletico dan mereka merupakan antara yang terbaik dan ia antara sebab saya menyertai pasukan ini," katanya lagi.