Skip to main content

Bola Sepak

Jika gagal raih keputusan positif, sila pulang -- Zidane

6517zidane-cropped.jpg
Zinedine Zidane berkata beliau menerima sebarang keputusan jika gagal menghasilkan keputusan yang positif bersama Real Madrid pada penghujung musim ini.

Pengendali Real itu masih memiliki kontrak selama setahun untuk kekal di Santiago Bernabeu dan terdapat beberapa spekulasi mengenai kedudukannya walaupun masih bersaing untuk meraih gelaran LaLiga dan Liga Juara-Juara (UCL).

Zidane sedang menikmati saat bersama kelab yang disertainya sejak 2001 itu dan menyedari sebarang akibat jika gagal menghasilkan keputusan terpuji.

"Saya amat mencintai kelab ini dengan seluruh hati saya tetapi saya menyedari kedudukan saya," katanya.

"Di Real, anda perlu menghasilkan keputusan. Saya mahu kekal bersama kelab ini.

"Tetapi jika anda gagal meraih keputusan yang baik, anda perlu pulang dan saya sentiasa ingat perkara ini. Saya menyedarinya dan ia tidak menggugat saya untuk terus bekerja, memiliki impian dan untuk meraih kejayaan.

"Ketika saya beraksi untuk Real, saya sentiasa cuba untuk memenangi segala-galanya. Sejujurnya, saya sedang cuba memberikan yang terbaik."

Advertisement

Must Watch Video