Bintang Inter Milan, Ivan Perisic, telah membuka pintu untuk bergabung dengan Bayern Munich sambil memetik jurulatih baru gergasi Bundesliga itu, Niko Kovac, mempunyai "pengaruh yang sangat besar" kepadanya.
Perisic telah mengharungi karier di Milan selama tiga tahun selepas meninggalkan kelab Bundesliga, Wolfsburg, meskipun dia berterusan dikaitkan dengan perpindahan keluar dari San Siro.
Manchester United dikatakan sangat berminat dengannya sejak tahun lalu, namun laporan itu semakin pudar dan memberi gambaran ringkas mengenai minat Bayern susulan pelantikan Kovac.
Kovac merupakan jurulatih Perisic selama dua tahun di peringkat antarabangsa bersama Croatia sehingga 2015. Sehubungan itu, pemain sayap berusia 29 tahun itu menyanjung tinggi bekas pemain tengah tersebut.
"Dia (Kovac) mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas saya," kata Perisic kepada Sportske Novosti.
"Saya bermain hebat untuk Croatia di bawah kendaliannya dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada beliau atas segala yang dilakukannya di Jerman dan kerana menyertai Bayern. Jika mereka mahukan saya, mereka tahu di mana untuk mencari saya.
"Saya sedar beberapa kelab mahukan saya tetapi mereka perlu bercakap dengan kelab saya dan hanya selepas itu, barulah saya boleh terbabit dengan rundingan dan membuat keputusan.
"Jika saya menukar kelab, ia hanya boleh terjadi dengan liga dan kelab besar. Hanya tuhan yang tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
"Saya gembira di Inter tapi kita semua tahu segala-galanya tidak mustahil dalam bola sepak."
Setelah melebarkan karier di Jerman dan Itali, Perisic juga berminat untuk menguji kemampuannya di England atau Sepanyol sekiranya dia meninggalkan Inter.
"Secara jujur, saya ingin menguji kemampuan dalam semua liga terbesar," katanya. "Tetapi persoalannya: adakah saya mempunyai masa?
"Saya sudah berusia 29 tahun, bekerja keras untuk memanjangkan kerjaya saya selama yang mungkin.
"Ya, saya ingin bermain di England dan Sepanyol tetapi saya tidak tahu jika punya cukup masa (dalam karier saya)."