Skip to main content

Bola Sepak

Jika Allah izinkan menang, ia piala ke-30 JDT -- TMJ

jst.jpg
Sejarah bakal terus tercipta oleh juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), sekiranya berjaya menjadi johan Unifi Piala Malaysia, edisi kali ini, malam ini. 

Harimau Selatan bakal melengkapkan dominasi tanpa henti apabila berdepan Sri Pahang sebagai penghalang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Dua rekod bakal dicatatkan oleh skuad kendalian Hector Bidoglio untuk membuktikan penguasaan bersih menyapu segala trofi domestik selama dua musim berturut-turut. 




Dan dalam masa sama, ia juga bakal menjadi piala ke-30 buat JDT dalam tempoh 12 tahun. Satu pencapaian yang sangat membanggakan. 

"Jika Allah izinkan menang malam ini, ia adalah piala ke-30 dalam masa 12 tahun," titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Advertisement

Must Watch Video