Skip to main content

Bola Sepak

Jersi Messi masih antara paling laku di Barcelona

messi.jpg
Biarpun hampir empat tahun meninggalkan Barcelona, aura Lionel Messi masih kuat di kelab yang berpangkalan di Catalunya itu apabila jersinya kekal antara pilihan utama peminat. 

Menurut Diario AS, jersi Lamine Yamal merupakan jualan tertinggi diikuti Robert Lewandowski.

Antara jersi pemain semasa yang menjadi pilihan peminat ialah Raphinha dan Pedri memandangkan masing-masing mempamerkan prestasi hebat sepanjang musim ini. 

Gavi, yang paling popular dalam kalangan remaja menduduki tempat kelima, manakala Pau Cubarsi tempat keenam. 

Sementara itu, keuntungan atas jersi Frenkie de Jong, turun mendadak berikutan masa depannya yang tidak menentu pada awal musim ini. 

Namun, statistik jersi Messi sukar direkodkan berikutan hak cipta melarang Barca daripada menggunakan nama kapten Argentina itu sejak pemergiannya ke Paris Saint-Germain (PSG) pada 2021. 

Justeru, peminat terutama pelancong memilih jersi kosong dan menggunakan perkhidmatan percetakan luar premis kelab itu bagi mendapatkan jersi Messi. 

Selain Messi, jersi Neymar dan Andres Iniesta antara yang tertinggi terjual dalam kalangan bekas pemain. 

Advertisement

Must Watch Video