Skip to main content

Bola Sepak

Jersi ini saya jaga penuh kasih sayang -- Safee Sali mahu kongsi kenangan bersama penyokong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safee.jpg
Sambutan Perayaan Aidilfitri tahun ini cukup istimewa buat bekas penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali, apabila lelongan barangan peribadinya menerima sambutan hangat daripada peminat bola sepak negara.

Antara barangan yang sudah terjual termasuk jersi Selangor ketika menjuarai Piala FA 2009 yang dijual dengan harga RM3200 sebelu ini.

Malah, jersi Safee ketika bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2013 serta 2016 masing-masing terjual untuk RM4000 dan RM8865.

Paling menarik dan bernilai, jersi Harimau Malaya terakhir yang pernah disarung safee pada 2016 selepas terjual dengan pembida yang merahsiakan jumlah pembeliannya itu.





Safee yang memulakan kempen lelongan sejak bulan lalu itu teruja dengan sambutan yang diterimanya selain bakal mengumumkan lelongan seterusnya melibatkan barangan eksklusif dalam masa terdekat.

"Sangat menarik adalah jersi ini saya jaga dengan penuh kasih sayang, setiap corak dan nombor serta warna mengingatkan kembali 'ketika itu saya berada disini'.

"Perkara ini adalah sambutan luar biasa, kerugian dan keuntungan saya tidak letakkan penanda aras cuma perasan saya ingin kongsi bersama peminat dan bersama-sama bersorak dan memiliki." katanya.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video