Jersi yang dipakai Diego Maradona ketika dia menjaringkan gol 'Tangan Tuhan' telah dilelong lebih GBP7 juta, harga tertinggi yang pernah dibayar untuk sebuah memorabilia sukan.
Maradona menjaringkan dua gol paling diingati dalam sejarah Piala Dunia untuk menumbangkan England pada peringkat suku akhir dalam kejohanan 1986 di Mexico.
Mendiang bekas kapten Argentina melompat tinggi sebelum menampan bola dengan tangan mengatasi Peter Shilton di Stadium Azteca.
Beberapa saat kemudian, dia menewaskan beberapa pemain England dengan menggelecek yang hebat dalam perjalanan untuk menjaringkan gol solo yang mengagumkan ketika Argentina menang 2-1 dan seterusnya dinobatkan sebagai juara dunia.
Pemain tengah England, Steve Hodge, bertukar jersi dengan Maradona -- yang meninggal dunia pada November 2020 -- selepas perlawanan itu.
Baju itu telah dipinjamkan kepada Muzium Bola Sepak Kebangsaan di Manchester, tetapi telah dilelong di Sotheby's di London untuk tempoh bidaan antara 20 April hingga 4 Mei, dan dijangkakan telah mengutip sekitar GBP4 juta.
Bagaimanapun, bidaan yang berjaya akhirnya menjadi lebih tinggi, dengan Sotheby's mengesahkan pada hari Rabu bahawa baju itu berharga GBP7,142,500 (RM39 juta).
Ia sekaligus menjadi pakaian sukan paling mahal dalam sejarah, dengan jersi ikon besbol Babe Ruth mencatat rekod sebelumnya pada 2019, berharga GBP4.4 juta.

#AuctionUpdate The football shirt worn by Diego Maradona for “The Hand of God” & the “Goal of the Century” at the 1986 World Cup just sold online for £7,142,500 / $9,284,536 – marking a new auction record for any item of sports memorabilia. pic.twitter.com/9OBNG4OjYx
— Sotheby's (@Sothebys) May 4, 2022