POLAND 1 JEPUN 0
Jepun mara ke pusingan 16, Piala Dunia Russia bersandarkan kepada rekod disiplin lebih baik daripada Senegal di sebalik tewas 0-1 kepada Poland dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan H, sebentar tadi.
Perlawanan itu berkesudahan dengan cara yang boleh dipertikaikan apabila kedua-dua pasukan – Poland dan Jepun – kelihatan gembira hanya untuk berlegar-legar dengan bola untuk hampir keseluruhan 15 minit terakhir.
Skuad Samurai Biru kendalian Akira Nishino itu berkesudahan dengan jumlah mata, jaringan dan bolos yang sama dengan Senegal tetapi mengutip hanya empat kad kuning dibandingkan dengan enam di pihak pasukan Afrika itu.
Dan atas perkiraan ‘fair play’, Jepun diputuskan lebih layak mara.
Kemenangan Colombia ke atas Senegal 1-0, yang berlangsung serentak, bermakna wakil Amerika Selatan itu menjuarai kumpulan mengatasi Jepun, dengan kedua-duanya akan berdepan sama ada England atau Belgium dalam pusingan kalah mati.
Pertahanan Southampton, Jan Bednarek, yang menyudahkan satu voli gemilang daripada sepakan percuma Rafal Kurzawa memberikan kemenangan kepada Poland, yang telahpun tersingkir sebelum sepak mula perlawanan ini.
Pada masa yang sama, pemain gantian Jepun, Makoto Hasebe, yang masuk ketika permainan berbaki hanya lapan minit, mengisyaratkan kepada rakan-rakan pasukan supaya mengelakkan sebarang kad kuning kerana kedudukan ketika itu sudah memadai untuk mereka layak.
Sebelum sepak mula perlawanan ini, Jepun mendahului kumpulannya dan hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kelayakan ke pusingan kalah mati untuk hanya kali kedua selepas 2002 ketika mereka menjadi tuan rumah bersama dengan Korea Selatan.
Sebaliknya, mereka berada di landasan untuk tersingkir apabila Bednarek menyudahkan jaringan buat Poland manakala tandukan Maya Yoshida sekadar sipi pada minit ke-72 ketika mereka mengasak untuk mencari gol penyamaan.
Namun, dua minit kemudian, Jepun mendapat kelegaan daripada pertahanan Colombia, Yerry Mina, yang menanduk masuk gol pendahuluan dalam satu lagi perlawanan kumpulan yang sama.
Sambil berita mengenai Colombia sedang mendahului tersebar di Volgograd Arena, kedua-dua Poland dan Jepun kelihatan mengendurkan rentak permainan.
Ia satu strategi berisiko besar kerana satu gol lagi oleh Poland atau Senegal mendapat gol penyamaan, akan menyingkirkan Jepun tetapi kesudahannya, skuad Samurai Biru itu yang meneruskan kemaraan.