Skip to main content

Bola Sepak

Jendela perpindahan England kembali tamat 1 September

maguirecropped_1w7z8ot6c25vh1inu3uz5olutf.jpg
Beberapa kelab Liga Perdana Inggeris telah mengundi agar tarikh akhir jendela perpindahan musim panas dipinda ke 1 September bagi musim 2020-21.

Pada 2017, terdapat kelab yang membuat keputusan untuk menyokong tindakan menamatkan jendela perpindahan sehari sebelum sepak mula Liga Perdana Inggeris tetapi beberapa pengurus kemudian menyatakan pandangan langkah itu dilihat tidak memberi sebarang kebaikan.

Ia dikekalkan ketika musim 2018-19 serta 2019-20 tetapi mereka berpendapat langkah itu menyebabkan kelab Liga Perdana Inggeris tidak memiliki kelebihan berbanding pasukan Eropah yang lain tatkala liga utama yang lain tidak meminda tarikh akhir jendela perpindahan mereka.

Semalam, dalam mesyuarat pemegang saham Liga Perdana Inggeris, beberapa kelab mengundi agar tarikh akhir itu ditukar semula kepada asal dalam usaha untuk mengurangkan risiko pasukan kehilangan pemain kepada pasukan Eropah lain dan gagal mendapatkan pengganti.

Tempoh akhir jendela perpindahan musim panas di England kini adalah jam 5.00 petang (12.00 tengah malam waktu Malaysia) pada 1 September 2020.

Liga Perdana Inggeris turut mengesahkan sepak mula musim 2020-21 akan dilakukan pada Sabtu, 8 Ogos nanti.




Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found