Walaupun gembira dengan dua kemenangan berturut-turut dalam aksi liga sebelum ini, pengendali Sabah, Jelius Ating, masih tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya, terutama ketika menewaskan MISC-MIFA di Stadium Likas, Jumaat lalu.
Katanya, pemain seperti sudah cukup selesa apabila berjaya memperoleh dua gol pada separuh masa pertama sehingga membolehkan pasukan lawan meningkatkan momentum mereka pada babak kedua.
"Saya gembira kerana mendapat dua gol pada separuh masa pertama kerana inilah yang kita usahakan sebelum ini, iaitu mendapatkan gol awal.
"Bagaimanapun, pada babak kedua, pemain seperti sudah selesa dengan kelebihan itu dan kita dapat lihat mereka mula hilang fokus sehingga pasukan lawan berjaya menembusi gawang kami," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.
Jelius berkata dia akan cuba mengatasi kelemahan itu dalam perlawanan akan datang dan berharap rentak kemenangan mereka berterusan.
"Kami gembira mendapat dua kemenangan berturut-turut ini, kami mahu kekalkan ini dan yang paling penting, kami mahu persembahan pasukan terus meningkat," katanya.
Dalam perlawanan itu, Sang Badak menewaskan MISC-MIFA 2-1 hasil dua jaringan Sabri Sahar pada minit ke-21 dan 27.
Pasukan perlawat kemudian merapatkan jurang menerusi tandukan Kpah Sean Sherman pada minit ke-55.
Perlawanan pada malam itu turut menyaksikan MISC-MIFA terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Md Redzuan Nawi dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-76.
Tuan rumah, bagaimanapun, gagal menggunakan kelebihan itu apabila gagal menghasilkan gol walaupun beberapa kali mencemaskan kubu MISC-MIFA.
Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga pengadil perlawanan, Hasman Hissam Ansgari, meniupkan wisel penamat.