Skip to main content

Bola Sepak

Jelius harap temui pemain import 'berbisa'

_dcs3989-01_resized.jpeg
Pengendali Sang Badak, Jelius Ating, berkata setakat ini hanya seorang daripada beberapa pemain import yang berjaya mencuri tumpuannya.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 46 tahun itu menegaskan beliau masih belum membuat keputusan kerana sesi ujian pemilihan masih berjalan dengan beberapa lagi pemain akan menyertainya.

"Berdasarkan keperluan kita sebelum ini, kita mahu seorang penyerang yang boleh menjaringkan gol dan seorang pemain tengah yang kita panggil sebagai 'playmaker'.

"Pemain tengah yang kita cari juga perlulah seorang yang boleh memberi hantaran-hantaran baik kepada penyerang," katanya ketika ditemui, di Kota Kinabalu.

Jelius berkata, keputusan pemilihan pemain import dijangka akan diketahui sekurang-kurangnya sebelum 24 Mei ini yang juga merupakan perlawanan terakhir pasukan sebelum berehat panjang.

"Saya harap keputusan pemilihan itu akan dapat diketahui segera kerana pemain yang dipilih boleh menguji kebolehannya dalam perlawanan berkenaan," katanya.

Tambah Jelius, beliau juga masih menunggu beberapa lagi calon pemain import yang hanya akan tiba di Sabah minggu hadapan untuk turut serta dalam sesi pemilihan terbabit.

Advertisement

Must Watch Video