Johor Darul Ta'zim (JDT) sentiasa 'protagonis', kata ketua jurulatih pasukan itu, Hector Bidoglio, yang akur pasukannya perlu membiasakan diri dengan corak bertahan lawan selepas menewaskan Negeri Sembilan 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) petang tadi.
Bergson da Silva muncul wira Harimau Selatan menerusi dua jaringannya, sambil kapten JDT, Jordi Amat, turut menemui sasaran dalam babak berikutnya, sekali gus menjadikan gol tunggal Hein Htet Aung buat Negeri Sembilan sekadar sagu hati.
Ditanya mengenai kesukaran pasukannya memecahkan tembok pertahanan lawan, dia berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Ia perlawanan yang sukar, mereka bertahan dengan amat rendah.
"Tetapi saya amat menggemari cara permainan pemain saya, mereka sedar kepentingan untuk bermain dari satu bahagian ke satu bahagian untuk menyerang.
"Perlawanan pertama sentiasa sukar tetapi kami perlu memperbaikinya.
"Apabila anda tidak dapat mencari ruang, ia sentiasa sukar tetapi kami perlu mencari ruang dan pemain yang tidak dikawal.
"Kami juga perlu menjadi amat kompak sewaktu gerakan tanpa bola kerana hanya dengan satu lambungan, lawan mendapat jaringan, jadi kami perlu memperbaiki situasi itu.
"Kerana JDT sentiasa protagonis dan kami sentiasa perlu berdepan tembok mereka, jadi kami perlu memperbaiki situasi itu.
"Cara terbaik adalah dengan mencari ruang dan pemain yang tidak dikawal," katanya.