Skip to main content

Bola Sepak

JDT, Selangor sah beraksi dalam Piala Shopee

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shopeecup.jpg
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan struktur kelayakan kelab Liga Malaysia (Liga-M) untuk bertanding dalam kancah Asia Tenggara (ASEAN) mahupun peringkat tertinggi Asia. 

Bagi Kejohanan Bola Sepak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), slot tersebut dikekalkan kepada juara Liga Super, sementara naib juara akan bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2). 

Musim hadapan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor akan mewakili negara untuk memberi cabaran di Asia. 

 

Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee di bawah pengelola, Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) menetapkan dua slot ke pertandingan itu adalah juara Liga Super dan juara pertandingan berformat kalah mati (Piala FA).

Maka, MFL mengesahkan slot itu akan diberikan kepada JDT selaku juara liga dan johan Piala FA, manakala satu lagi slot diberikan juga kepada Selangor selaku naib juara. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video